Program Pendidikan Pembetungan untuk Sekolah-Sekolah

 
Sebagai usaha berterusan IWK untuk mendidik rakyat Malaysia tentang sistem dan perkhidmatan pembetungan yang moden dan efisien untuk negara kita, IWK telah menyediakan satu program pendidikan khas, yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan semua Jabatan Pendidikan Negeri, mengenai perkhidmatan pembetungan untuk pelajar-pelajar di Tingkatan 4, 5 dan 6 sejak tahun 2001. Sehingga kini, lebih 3,000 orang pelajar daripada 30 sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah menyertai program ini.

Program khas ini akan membincangkan topik-topik utama seperti berikut: -

  • Pembangunan dan penyelenggaraan sistem pembetungan negara
  • Manfaat dan pentingnya sistem/perkhidmatan pembetungan yang moden dan efisien
  • Usaha bersatu rakyat Malaysia, Kerajaan dan IWK melindungi dan mengekalkan kebersihan alam sekitar negara kita

Program yang mengambil masa setengah hari ini meliputi tayangan video, taklimat, sesi soalan/jawapan dan satu pameran mini mengenai sistem/perkhidmatan pembetungan yang sedia ada dan sedang dijalankan oleh IWK.

Guru sekolah yang berminat untuk menyertai atau mendaftarkan sekolah dalam program "percuma" ini boleh mengirimkan atau fakskan (03-2095 5009) surat bersama maklumat-maklumat berikut kepada: Jabatan Komunikasi, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur atau melalui e-mel comms@iwk.com.my

  • Nama, alamat dan nombor telefon sekolah
  • Nama Guru
  • Cadangan tarikh dan waktu (sila maklumkan 10 hari bekerja lebih awal)
  • Jumlah pelajar
IWK akan mengesahkan tarikh dan masa untuk mengadakan taklimat melalui telefon dan surat kepada guru yang bertugas.

 

LATEST HEADLINES