Corporate Profile

CEO's Message 2004

 
Misi

Kami berkomitmen tinggi untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap kepada semua pelanggan di samping berusaha untuk membangunkan sistem pembetungan nasional yang akan menyumbang ke arah alam sekitar yang mesra dan berkekalan

Wawasan

Ke arah syarikat pembetungan yang paling cekap & mesra alam


Pelanggan Yang Dihormati,
Prestasi Perkhidmatan Pembetungan 2004

Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada hampir 18 juta pengguna di negara ini, IWK dengan besar hati memaparkan usaha-usaha, pencapaian dan cabaran-cabaran syarikat dalam pengurusan sistem pembetungan awam.

Sehingga Disember 2004, syarikat mengendali dan menyelenggarakan 8,414 buah loji olahan kumbahan awam dan rangkaian stesen pam, 14,148 km saliran paip pembetungan bawah tanah, menyediakan perkhidmatan pengosongan ke atas lebih daripada 350,000 buah tangki septik individu serta merancang dan membangunkan sistem dan infrastruktur pembetungan yang berkekalan bagi negara kita.

Komitmen IWK terhadap pemeliharaan alam sekitar digambarkan pada wawasan syarikat untuk menjadi syarikat pembetungan yang efisien dan mesra alam. Penyediaan perkhidmatan yang berterusan demi memelihara alam sekitar pula adalah tumpuan misi syarikat.

Inisiatif

Komitmen IWK terhadap alam sekitar telah diserapkan ke dalam kerja-kerja operasi harian. Dengan hasrat untuk bersungguh-sungguh meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pembetungan, semua sumber yang sedia ada dan usaha adalah tertumpu kepada:

  • Mematuhi tahap perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
  • Pengendalian dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam
  • Penyelesaian segera ke atas aduan-aduan pelanggan; dan
  • Menaiktarafkan atau membaikpulihkan loji-loji dan kemudahan-kemudahan untuk meningkatkan prestasi penyelenggaraan.
Tahap Perkhidmatan

IWK bertekad untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang efisien kepada semua pelanggan. Dengan hasrat untuk menunaikan komitmen ini, masalah-masalah seperti limpahan akibat sekatan, paip pecah atau kerosakan pam dan peralatan-peralatan lain; kacau ganggu di loji olahan kumbahan dan permintaan perkhidmatan pengosongan tangki septik; diakui atau diatasi dalam tempoh yang munasabah.

Pengendalian dan Penyelenggaraan Sistem Pembetungan Awam

Kemudahan pembetungan sebanyak 8,414 memerlukan penyelenggaraan yang kerap demi memastikan semua peralatan dan kelengkapan sentiasa beroperasi dengan efisien dan efluen atau air sisa yang dilepaskan kembali ke perairan adalah selamat kepada persekitaran. Kemudahan-kemudahan ini meliputi 2,985 loji-loji olahan kumbahan mekanikal, 3,650 buah Tangki Septik komunal, 775 buah Tangki Imhoff, 493 Kolam Pengoksidaan, 510 stesen pam dan sebuah loji jenis Saliran Marin di Pulau Pinang.

Aduan

Pada tahun 2004, secara purata sebanyak 3,200 aduan diterima dalam tempoh sebulan perkhidmatan pembetungan dan lebih daripada 90% telah diatasi dalam tempoh Tahap Perkhidmatan yang tercatat dalam Piagam Pelanggan. Selain daripada aduan, hampir 6,300 permintaan untuk mengosongkan tangki septik, 2,100 pertanyaan bertulis mengenai bil dan perkhidmatan serta 36,500 panggilan melalui telefon telah diterima sepanjang tahun 2004.

Berpandu kepada Piawaian Prosedur Operasi, semua pertanyaan, permintaan dan aduan perlu diatasi/diakui dalam tempoh 24 jam. Walau bagaimanapun, bagi urusan mengenai bil, penyelesaian atau pelarasan hanya akan berkuat kuasa selepas pengeluaran bil bulanan bagi akaun-akaun Komersial, Perindustrian dan Kerajaan atau setiap enam bulan bagi rumah kediaman.




Membaik pulih dan Menaiktaraf

Ini merupakan kerja-kerja pembetungan terancang untuk memulihkan kemudahan-kemudahan pembetungan yang telah usang dan lama bagi meningkatkan proses olahan kumbahan demi memastikan efluen yang dilepaskan kembali ke perairan adalah selamat. Hampir 3,300 buah loji olahan kumbahan awam telah menjalani kerja-kerja membaik pulih di seluruh negara dan 2,300 buah lagi akan dibaikpulihkan secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun.

Pencapaian

Efluen atau air sisa yang telah menjalani proses olahan kumbahan awam sentiasa dipantau dan diuji di tiga makmal di Kuala Lumpur, Taiping dan Melaka demi memastikan kandungan Permintaan Oksigen Biologi (BOD) dan Pepejal Terampai (SS) mematuhi piawaian secara berterusan serta konsisten.

Keputusan prestasi alam sekitar keseluruhan sehingga akhir Disember 2004 telah mematuhi tahap keseluruhan yang dibenarkan seperti berikut :

Kandungan bahan cemar telah dikurangkan setelah kumbahan menjalani proses olahan. Kandungan BOD dan SS masing-masing telah dikurangkan sehingga tahap 70% dan 60%.

  • Keseluruhan efluen telah mematuhi kandungan yang dibenarkan bagi efluen yang dilepaskan ke perairan. Secara purata, tahap efluen sebenar adalah 13% dan 35% lebih rendah daripada kandungan BOD dan SS yang dibenarkan.
  • Pelaburan untuk menaiktaraf dan membaikpulihkan loji-loji olahan kumbahan yang tidak berfungsi telah meningkat tahap pematuhan ke atas piawaian yang sedia ada. Kandungan bahan cemar BOD dan SS telah berjaya dikurangkan ke tahap 1/5 setelah loji-loji dibaikpulihkan
Cabaran

Sejak 5 tahun yang lepas, lebih ramai pelanggan telah bermula menyedari kebaikan pengurusan sistem pembetungan efisien yang disediakan oleh IWK. Secara purata hampir 70% daripada caj perkhidmatan pembetungan telah dijelaskan oleh pelanggan-pelanggan yang menghargai peningkatan berterusan perkhidmatan pembetungan yang disediakan.

Atas sokongan berterusan anda bersama-sama IWK memelihara kebersihan alam sekitar dan sumber-sumber air, kami dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Yang ikhlas,
Bagi pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Suhaimi Kamaralzaman
Ketua Eksekutif
LATEST HEADLINES