Customer

Indah Water

Why Is Scheduled Desludging Important

 
Kenapa Pengosongan Tangki Septik Berjadual Penting?

Tanpa pengosongan tangki septik secara berjadual, air kumbahan yang tidak dirawat serta pepejal enapcemar najis akan mengalir ke dalam sungai-sungai. Ini akan menyebabkan kandungan oksigen yang terlarut di dalam sungai-sungai berkurangan dan mengakibatkan kematian hidupan akuatik. Enapcemar najis pula akan mendap ke dasar sungai dan membinasakan tumbuhan akuatik yang membekalkan oksigen ke dalam air sungai. Keadaan ini akan menyebabkan sungai kita ‘mati’.

Selain daripada itu, air kumbahan yang tidak dirawat juga mengancam kesihatan awam kerana ia mengandungi bakteria dan virus patogenik yang boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti taun, demam kepialu dan hepatitis A.

Tangki septik perlu dikosongkan setiap dua tahun sekali.


Bakteria di dalam najis mentah yang mengalir ke dalam pengairan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

LATEST HEADLINES