Customer

Indah Water

What Happens In Your Septic Tank

 
Apa Berlaku Di Dalam Tangki Septik Anda?

Tangki septik selalunya mempunyai dua ruang dan ia tidak merawat air kumbahan dengan sepenuhnya. Ia berfungsi sebagai tangki pemendapan sementara dan perlu dikosongkan mengikut jadual. Tahap maksimum enapcemar (najis) sebuah tangki septik biasanya adalah satu pertiga daripada saiznya.

Air kumbahan mengalir ke dalam tangki septik dan enapcemar najis akan mendap ke dasar tangki. Minyak dan gris daripada air kumbahan akan terapung di permukaan, membentuk satu lapisan 'skum'. Skum menghalang oksigen daripada terlarut di dalam air kumbahan dan ini akan menyebabkan proses pencernaan anaerobik berlaku. Air kumbahan mentah perlu dirawat sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum proses pencernaan anaerobik dapat menguraikan kumbahan.

Sekiranya tangki septik tidak dikosongkan, enapcemar najis akan melebihi tahap maksimum. Ini akan menyebabkan penguraian air kumbahan yang tidak sempurna dan seterusnya air kumbahan yang tidak dirawat serta pepejal enapcemar najis akan disalurkan keluar daripada tangki septik ke dalam longkang. Jika tangki septik mempunyai lapisan turas selepas tangki pemendapan, lapisan ini akan tersumbat dan ini juga akan mengakibatkan air kumbahan yang tidak dirawat dan pepejal enapcemar najis disalurkan keluar ke dalam longkang.

 

LATEST HEADLINES