Indah Water

Registration

 
Introduction | Registration Requirements | Terms & Conditions | FAQ
Terma dan Syarat

Pendaftaran tidak boleh dipindah milik. Pendaftaran adalah sah bagi tempoh tetap dengan syarat tiada perubahan ketara pada keupayaan Kontraktor/Pembekal untuk memenuhi syarat-syarat pendaftaran. Pendaftaran akan sahlaku untuk tempoh 2 tahun dan selepas itu Kontraktor/Pembekal perlu memperbaharui pendaftaran dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh pelupusan pendaftaran.

Kontraktor/Pembekal akan bertanggungjawab untuk mengekalkan tempoh sahlaku semua pendaftaran dari segi undang-undang seperti PKK dan pendaftaran CIDB dan akan memaklumkan kepada IWK sekiranya terdapat perubahan ke atas status pendaftaran dengan IWK.

Semua kontraktor perlu mendapatkan Lesen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air selaras dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 dan Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Perlesenan) 1994. Semua kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembetungan mesti memperolehi lesen. Pemohon mungkin telah berdaftar dengan IWK sebagai kontraktor tanpa lesen. Walau bagaimanapun, mereka tidak akan dibenarkan menjalankan kerja-kerja tanpa lesen sahlaku daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kontraktor-Kontraktor yang tidak mempunyai lesen sahlaku daripada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan pada masa kontrak diberi perlu mendapatkan lesen yang berkenaan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kontrak diberi.

Pendaftaran kontraktor adalah tertakluk kepada pemeriksaan untuk menentukan kelayakan bagi gred dan kategori pendaftaran semasa. Kontraktor mesti diserahkan kepada IWK sebarang maklumat yang diperlukan dari masa ke semasa.

Pengeluaran daripada Register

IWK berhak untuk menyingkir Kontraktor/Pembekal tanpa memberi notis atau penerangan.

Pada masa yang sama IWK juga berhak untuk mengeluarkan daripada Register Kontraktor/Pembekal IWK, Kontraktor/Pembekal yang telah melakukan sebarang tingkahlaku seperti berikut.

Salah satu daripada berikut adalah sebab yang cukup untuk pengeluaran daripada Register IWK

  • Kontraktor/Pembekal dihakimi sebagai muflis
  • Kontraktor/Pembekal telah diserahkan petisyen tutup perniagaan
  • Kontraktor telah dikeluarkan daripada pendaftaran PKK atau CIDB
  • Pendaftaran PKK atau CIDB telah lanjut tempohnya
  • Kontraktor/Pembekal telah menerima Pendaftaran IWK dengan cara membuat atau menyebabkan pengisytiharan, pengesahan atau perlambangan palsu secara tulis atau selainnya
  • Kontraktor telah meninggalkan sebarang kerja pembinaan yang sepatutnya disiapkan olehnya
  • Kontraktor/Pembekal telah didapati melakukan kesalahan oleh Mahkamah atas kecuaian berkenaan dengan kerja yang sepatutnya disiapkan olehnya
  • Kontraktor/Pembekal telah terlibat dengan serahan tender atau amalan pemalsuan seperti pakatan sulit dan rasuah
  • Kontraktor/Pembekal dan satu atau lebih daripada satu syarikat Kontraktor/Pembekal berkaitan telah menyerahkan tender untuk projek yang sama
  • Kontraktor/Pembekal tidak mematuhi prosedur keselamatan
  • Kontraktor/Pembekal tidak mematuhi spesifikasi IWK
  • Prestasi Kontraktor/Pembekal akan dinilaikan secara berterusan dan termasuk juga penyebab-penyebab yang tersebut di atas untuk penyingkiran, Kontraktor/Pembekal mungkin juga akan dikeluarkan daripada Register bagi prestasi tidak baik secara berterusan dan gagal untuk bertindakbalas secara positif terhadap amaran daripada IWK
  • Kontraktor/Pembekal dan Pengarah dan Pemegang Saham akan juga disenaraikan hitamkan bagi projek-projek masa hadapan dan pendaftaran-pendaftaran masa hadapan
LATEST HEADLINES