Customer

Indah Water

Sewerage Pipes Connection

 
Paip Sambungan Ke Rumah

Satu rangkaian paip pembetungan awam kini sedang dibina di kawasan-kawasan yang kini menggunakan tangki septik individu untuk menyambungkan rumah kediaman ke loji rawatan kumbahan awam. Pembinaan paip-paip pembetungan awam adalah menjadi tanggungjawab IWK manakala pemilik-pemilik rumah dikehendaki membina paip-paip sambungan persendirian yang akan menyambungkan saluran keluar kumbahan dari rumah mereka ke paip pembetungan awam.

Bagi melaksanakan ini, para pemilik rumah perlu terlebih dahulu menutup saluran kumbahan ke tangki septik mereka dan menyambungkan saluran kumbahan ke rangkaian paip pembetungan awam. Tangki septik yang tidak digunakan perlu melalui proses pengosongan, pembasmian kuman dan penimbusan. Selepas proses ini, paip sambungan persendirian serta ruang pemeriksaan akan dibina.

Sambungan ke sistem pembetungan awam hanya dibuat setelah semua sistem telah beroperasi supaya gangguan ke atas penghuni rumah, sekiranya terjadi, adalah pada tahap yang minimum.

Ini merupakan proses lanjutan bagi menaik tarafkan tangki septik individu kepada perkhidmatan pembetungan bersambung selaras dengan matlamat penswastaan.

Sambungan paip-paip pembetung ke rumah tidak boleh dilakukan dengan mudah, oleh itu, ia mungkin akan mengganggu penghuni rumah. Paip-paip pembetung persendirian yang baru mungkin terpaksa melintasi kemudahan-kemudahan yang lain seperti parit. Selalunya pemilik rumah akan menggunakan khidmat kontraktor persendirian bagi melakukan tugas ini.

LATEST HEADLINES