Do You Know

Sewage

 
Ciri-ciri Kumbahan | Objektif-objektif Rawatan Kumbahan | Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan | Sistem-sistem Rawatan Kumbahan | Evolusi Rawatan Kumbahan
Sistem-sistem Rawatan Kumbahan
Sejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem-sistem rawatan kumbahan telah dibangunkan untuk memelihara kesihatan awam dan persekitaran. Bagi kawasan bandar, di mana populasi adalah padat dan persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan, sistem-sistem rawatan yang canggih telah berkembang dan ini menghasilkan efluen berkualiti tinggi. Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti-komuniti kecil walaupun piawaian-piawaian persekitaran yang selalu meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga memerlukan sistem-sistem rawatan yang lebih baik.

Sistem-sistem Rawatan Kumbahan untuk Kawasan-Kawasan Bandar
Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan oksigen (anaerobik). Pemecahan bahan organik boleh berlaku semasa di dalam keadaan terampai (pertumbuhan terampai) atau di atas permukaan sesuatu bahan perantara (pertumbuhan terikat). Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam-kolam juga digunakan jika terdapat kawasan yang luas. Proses-proses rawatan dikategorikan seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Proses-proses Rawatan Kumbahan Biologi Utama
Proses-proses Aerobik Pertumbuhan Terampai Enapcemar Teraktif
    - aliran palam
- campuran lengkap
- reaktor kelompok penjujukan
- pengudaraan lanjutan *
- parit pengoksidaan *
- aci dasar *
- Lagun-lagun Pengudaraan*
  Pertumbuhan Terikat Penapis Cucuran
    - kadar rendah
- kadar tinggi *
- Penyentuh Biologi Berputar *
- Penyentuh Biologi Tenggelam *
  Gabungan Penapis Bio dengan Enapcemar Teraktif
    * Penapis Cucuran dengan Enapcemar Teraktif
Proses Anaerobik Pertumbuhan Terampai Pertumbuhan Terikat Penyentuh Anaerobik
Penurasan Anaerobik
Lapisan Terkembang
Proses-proses kolam    
    Penstabilan Aerobik (pengoksidaan)
"Facultative"
Anaerobik
* Sistem-sistem yang digunakan di Malaysia

Enapcemar teraktif, lagun-lagun pengudaraan, penyentuh biologi berputar dan penapis cucuran merupakan sistem-sistem rawatan yang selalu digunakan.

Sistem-sistem kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil
Disebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil menghadapi masalah-masalah kos per kapital yang tinggi, kewangan, operasi dan belanjawan yang terhad untuk rawatan kumbahan.

Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh menampung dengan peringkat-peringkat rawatan yang kurang dan selalunya hanya rawatan utama yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bilangan penduduk, sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-sistem rawatan sekunder.

Kini, loji-loji rawatan kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil telah dipasang siap sebelum dihantar ke tapak dan ini dipanggil "loji-loji pakej". Ia hanya sesuai untuk komuniti-komuniti kecil. Proses-proses rawatan dikategorikan seperti di Jadual 2.

Jadual 2: Sistem-sistem Rawatan yang selalu digunakan untuk Komuniti-komuniti kecil
Rawatan Utama Tangki Septik Individu
Tangki Septik Komunal
Tangki Imhoff
Rawatan Sekunder Loji-loji Pakej (pasang siap) - sistem-sistem enapcemar teraktif
- reaktor kelompok penjujukan
- penstabilan sesentuh
- penyentuh biologi berputar

Loji-loji yang direkabentuk secara individu
- sistem-sistem enapcemar teraktif
- kolam-kolam pengoksidaan
- reaktor kelompok penjujukan
- penyentuh biologi berputar
- penurasan cucuran
- "facultation lagoons"
- lagun-lagun pengudaraan

Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa panjang. Di kawasan bandar, penggunaan tangki septik individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki Imhoff (IT) akan dihentikan secara berperingkat.
LATEST HEADLINES