Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
LOJI-LOJI OLAHAN KUMBAHAN DI MALAYSIA
Di Malaysia, sistem-sistem rawatan utama yang digunakan secara menyeluruh adalah tangki septik komunal, tangki Imhoff dan sistem-sistem kos rendah seperti kolam-kolam pengoksidaan. Sebagai tambahan, kawasan bandar yang besar adalah menggunakan Tangki Septik Individu (IST) dan terdapat lebih daripada sejuta tangki septik individu di Malaysia.

Tangki-tangki ini hanya merawat kumbahan secara separa, melepaskan efluen yang masih mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ini berpotensi untuk mengakibatkan masalah kesihatan awam dan persekitaran, terutamanya di kawasan bandar.

IWK bertanggungjawab untuk merancang dan merasionalisasikan kemudahan-kemudahan pembetungan awam untuk mengurangkan loji-loji olahan yang menggunakan “konsep berbilang titik” atau serantauan. Akhirnya, rangkaian paip-paip pembetungan akan dibina di kawasan bandar yang menggunakan IST dan menyalurkan kumbahan ke kemudahan rawatan sekunder yang moden.

Di Malaysia, 38 peratus daripada loji olahan kumbahan adalah loji-loji mekanikal. Loji-loji ini beroperasi menggunakan perkakasan mekanikal yang mempercepatkan pemecahan kumbahan.

Dalam jangka masa panjang, adalah diharap agar sistem pembetungan Malaysia akan menjadi lebih cekap menerusi pemiawaian jenis-jenis loji yang digunakan.

Program-program menyeluruh ini merevolusikan pengurusan kumbahan domestik di Malaysia. Keseluruhan infrastruktur pembetungan akan melalui proses perubahan. Anggaran telah dibuat mengenai jumlah dan jenis loji-loji olahan awam di Malaysia.

Jadual 1: Loji-loji Olahan Kumbahan Awam di Malaysia

No. Jenis Loji Olahan Kumbahan Sehingga Okt 2014 Kesetaraan Penduduk (PE)
1 Tangki Imhoff 679 507,648
2 Kolam-kolam Pengoksidaan 403 1,681,176
3 Loji-loji Mekanikal 4,902 18,665,408
4 Stesen-stesen Pam Rangkaian 982 4,852,844
  JUMLAH 6,966 25,707,076
TANGKI SEPTIK KOMUNAL 3,625 405,432

Trend akan berubah kepada “loji-loji mekanikal” seperti Pengudaraan Berlanjutan (EA), Parit Pengoksidaan (OD), Penyentuh Biologi Berputar (RBC), Reaktor Kelompok Penjujukan (SBR) dan Penapis Cucuran. Pengurusan yang berhati-hati dalam penukaran ini akan memastikan masa depan sistem-sistem pembetungan di Malaysia.
LATEST HEADLINES