Do You Know

Sewage

 
Ciri-ciri Kumbahan | Objektif-objektif Rawatan Kumbahan | Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan | Sistem-sistem Rawatan Kumbahan | Evolusi Rawatan Kumbahan
Objektif-objektif Rawatan Kumbahan
Dengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

Sejak awal tahun 1900, evolusi rawatan kumbahan kepada loji olahan kumbahan moden menghasilkan efluen yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan ke perairan dengan selamat.

Lebih banyak pembangunan rawatan kumbahan telah dijalankan demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan kecekapan sesuatu sistem rawatan kumbahan. Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan mengurangkan kawasan yang digunakan untuk kerja-kerja rawatan dengan mempercepatkan kadara rawatan biasa di bawah syarat-syarat terkawal.

Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan kumbahan masih tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan terapung, rawatan organik terbiodegradasikan dan penyingkiran organisma-organisma patogenik.

Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasi-operasi unit fizikal, proses-proses unit kimia dan proses-proses unit biologi.

 
Operasi-operasi Unit Fizikal
Operasi unit fizikal adalah kaedah-kaedah rawatan, yang menggunakan aplikasi kekuatan fizikal untuk merawat kumbahan. Ini meliputi pemeriksaan, pencampuran, pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan pengapungan.

Proses-proses Unit Kimia


Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan.


Proses-proses Unit Biologi
Proses-proses unit biologi menerangkan kaedah-kaedah yang menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti biologi. Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas yang dilepaskan ke udara dan tisu sel disingkirkan secara pemendapan.

Kolam Pengoksidaan

Tindak balas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan
LATEST HEADLINES