Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
Rotating Biological Contractors (RBC)


 

Penyentuh Biologi Berputar (RBC) merupakan sistem-sistem rawatan sekunder mekanikal yang kuat dan dapat bertahan daripada pertambahan mendadak dalam muatan organik. RBC mula digunakan di Jerman pada tahun 1960 dan sejak itu ia telah dibangunkan dan dipertingkatkan sehingga menjadi sebuah unit operasi yang boleh diharap.

Kumbahan yang memasuki loji akan melalui rawatan utama di mana bahan kasar dan batu-batu kecil akan disingkirkan. Kemudian, kumbahan akan melalui satu atau lebih unit-unit RBC yang telah dibina berdasarkan pelbagai aturan.

Setiap unit RBC mempunyai “cakera bulat” bersiri yang selalunya diperbuat daripada bahan plastik. Cakera-cakera ini adalah separa tenggelam di dalam kumbahan dan berputar secara perlahan melaluinya.

Cakera berputar ini menyokong pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma di dalam kumbahan, yang mana akan memecahkan dan menstabilkan bahan cemar organik. Mickroorganisma memerlukan oksigen dan makanan untuk hidup serta pertumbuhan. Oksigen didapati daripada atmosfera apabila cakera-cakera berputar. Dengan pertumbuhan mikroorganisma, ia akan tumbuh di atas media sehingga ia ditanggalkan semasa proses putaran oleh cakera-cakera berputar di dalam kumbahan.

Setelah itu, efluen daripada RBC akan disalirkan ke penjernih-penjernih akhir di mana mikroorganisma-mikroorganisma terampai akan mendap sebagai enapcemar. Enapcemar akan dikeluarkan daripada penjernih untuk rawatan selanjutnya.

Penyentuh Biologi Tenggelam (SBC) merupakan versi RBC lama yang telah diubahsuai di mana cakera-cakeranya adalah 80% - 100% ditenggelamkan dan daya angin diperkenalkan.

Nilai-nilai biasa bagi RBC adalah seperti berikut: -

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawai A JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 10-30 50
Pepejal Terampai 200-350 15-40 100


Unit-unit RBC sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai keluasan terhad. Ia menghasilkan efluen berkualiti tinggi secara konsisten. Disebabkan ia bermodul, unit ini juga sesuai untuk pembangunan berperingkat. Kos-kos operasi dan penyelenggaraan adalah lebih rendah daripada jenis rawatan mekanikal yang lain.

Setakat ini, terdapat lebih kurang 40 loji-loji RBC di Malaysia.
 

 

LATEST HEADLINES