Indah Water

Registration

 
Introduction | Registration Requirements | Terms & Conditions | FAQ
Keperluan Pendaftaran
1.1

Status dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat
Pemohon perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan atau Syarikat sebelum mendapat pertimbangan untuk didaftarkan dengan IWK

1.2 Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) - Kontraktor
Bagi kerja-kerja pembinaan, pendaftaran dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah wajib. Kontraktor tidak dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembetungan tanpa lesen SPAN. Kontraktor perlu memohon, mendapatkan dan mengekalkan pendaftaran dengan SPAN. Pemohon-pemohon perlu menghantar bukti lesen SPAN. Sesalinan lesen tersebut perlu dilampirkan bersama dengan permohonan.
1.3

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan "Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia" Registration - Kontraktor
Bagi kerja-kerja di bawah Membaikpulih dan Pembinaan, pendaftaran dengan PKK (Pusat Khidmat Kontraktor ) adalah diwajibkan. Jemputan tender akan di hantar kepada kontraktor yang berdaftar dengan PKK di bawah tajuk utama dan kecil yang tertentu. Satu salinan Sijil Pendaftaran PKK perlu dihantar bersama permohonan.

Lain-Lain keperluan ialah pendaftaran dengan CIDB. Tiada kontraktor dibenarkan menjalankan kerja pembinaan di Malaysia tanpa pendaftaran CIDB. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk memohon dan mendapatkan pendaftaran daripada CIDB.

Pemohon mesti menunjukkan bukti Pendaftaran CIDB. Satu salinan Sijil Pendaftaran perlu diserahkan bersama permohonan. Sekiranya kontraktor sampingan dilantik, kedua-dua pihak perlu menyerahkan sijil masing-masing.

1.4

Kerja-Kerja Pembinaan Utama - Kategori Pendaftaran Loji-Loji Rawatan Kumbahan
Berdaftar dengan PKK atas tajuk "Head I" atau "Head III" dan CIDB di bawah Kategori Pendaftaran Pembinaan Kejuruteraan Sivil (CE) atau Mekanikal (M) atau Eletrikal (E) dan Gred Kewangan G4 atau ke atas.

1.5

Kerja-Kerja Pembinaan Utama - Pendaftaran Kategori Rangkaian Pembetungan dan Stesen Pam
Berdaftar di bawah Pendaftaran Kategori Rangkaian Pembetungan dan Stesen Pam, pemohon mesti berdaftar dengan PKK atas tajuk "Head I" dan "Head III" dan CIDB di bawah Kategori Pendaftaran Pembinaan Kejuruteraan Sivil (CE) atau Mekanikal (M) atau Eletrikal (E) dan Gred Kewangan G2 atau ke atas.

1.6

Kerja-Kerja Pembinaan Utama - Pendaftaran Kategori Perkhidmatan Khusus (Menaikkan Paip)
Berdaftar di bawah Pendaftaran Kategori Perkhidmatan Khusus (Menaikkan paip), pemohon mesti berdaftar dengan PKK atas tajuk "Head I" dan tajuk kecil "6A" dan CIDB di bawah Kategori Pendaftaran Pembinaan Kejuruteraan Sivil (CE) dengan Kepakaran 05 dan Gred Kewangan G2 dan ke atas.

1.7

Kategori Pendaftaran Kerja-Kerja Pembinaan Kecil
Berdaftar di bawah Kategori Pendaftaran Kerja-Kerja Sivil Kecil, pemohon mesti berdaftar dengan PKK atas tajuk "Head I" dan CIDB di bawah Kategori Pendaftaran Pembinaan Kejuruteraan Sivil (CE) atau Pembinaan (B) dan Gred Kewangan G1 atau ke atas.

1.8

Pendaftaran Kategori Kerja-Kerja Mekanikal dan Eletrikal
Berdaftar di bawah Kategori Pendaftaran Kerja-Kerja Mekanikal dan Eletrikal, pemohon mesti berdaftar dengan PKK atas tajuk "Head III" atau "Head VII" dan CIDB di bawah Kategori Pendaftaran Kerja-Kerja Mekanikal dan Eletrikal dan Gred Kewangan G1 atau ke atas.

1.9

Klasifikasi Bumiputera
Pemohon adalah bertanggungjawab untuk membuktikan status bumiputera mereka. Bukti pengesahan status bumiputera yang diterima adalah sijil yang dikeluarkan oleh PKK, Kementerian Pembangunan Usahawan mengesahkan status bumiputera atau status "Wibawa" yang dianugerahkan oleh Kementerian Kewangan. Sesiapa yang mengaku tanpa bukti akan digulungkan sebagai syarikat bumiputera tidak mempunyai pengesahan.

IWK akan menilaikan pemohon-pemohon untuk menentukan samada mereka layak sebagai status bumiputera berpandu kepada dokumen rasmi syarikat. Semua pembekalan dan kontraktor bumiputera akan dimasukkan di dalam "Program Pembangunan Vendor".

1.10

Penempatan Kerja
Pemohon perlu menyatakan negeri di mana pemohon berminat untuk menjalankan kerja. Hanya kontraktor dan pembekal yang berdaftar bagi negeri tertentu akan dijemput untuk tender projek di negeri yang berkenaan.

Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menjalankan kerja pembinaan di negeri yang didaftar.

1.11

Perniagaan/Syarikat Yang Berkaitan
Pemohon perlu mengenalpasti syarikat dan/atau perniagaan yang mungkin ada hubungan dengan pemohon sekiranya syarikat dan/atau perniagaan telah memohon atau berdaftar dengan IWK. Untuk tujuan pendaftaran ini, syarikat dan/atau perniagaan adalah dianggap berkaitan jika:

  • Syarikat dan/atau perniagaan mempunyai satu atau lebih persamaan pengarah dan/atau pemegang saham
  • Syarikat dan/atau perniagaan mempunyai alamat yang sama
  • Sebarang syarikat, perniagaan dan/atau pemegang saham mempunyai kuasa atau boleh mengambil kuasa ke atas syarikat atau perniagaan
LATEST HEADLINES