Customer

Indah Water

Refurbishment

 
Membaik Pulih

Salah satu daripada khidmat utama IWK ialah membaik pulih. Kerja-kerja pemulihan ke atas loji-loji rawatan sedia ada yang mempunyai kapasiti yang sama dan/atau proses rawatan akan meningkatkan tahap keberkesanan dan efisien loji-loji tersebut selain daripada mencantikkan keadaan loji. Prosesnya melibatkan kerja-kerja agak rumit daripada aspek-aspek kejuruteraan awam yang melibatkan aspek keselamatan, kebersihan dan kecantikan sehinggalah kepada aspek kompleks dari segi mekanikal dan elektrik. Ketika ini, lebih 5,408 buah loji-loji rawatan kumbahan serta stesen pam awam sedang di dalam proses dibaik pulihkan.

Kerja-kerja membaik pulih membabitkan usaha membersihkan loji-loji rawatan kumbahan dan stesen pam dari segi mencantikkan kawasan serta meningkatkan keselamatan; membaiki, mengganti dan menguji pam, alat menjalankan loji serta injap dan rangkaian paip yang berkaitan; membaiki, mengganti dan menguji peralatan proses merawat; membaiki, mengganti dan menguji alat-alat elektrik berkuasa tinggi dan rendah termasuklah pendawaian elektrik, panel kawalan, pelindung petir dan lain-lain; pengambilan sampel effluen bagi memastikan ia mematuhi piawaian alam sekitar; serta pemeriksaan, membaiki dan/atau mengganti paip pembetungan.

Kerja-kerja membaik pulih sesebuah loji rawatan kumbahan mengambil masa di antara tiga sehingga 24 bulan untuk disiapkan.

Jika dianggarkan sebuah loji boleh siap dibaik pulihkan dalam masa sehari, ia akan mengambil masa selama 14 tahun untuk IWK membaik pulih semua loji-loji rawatan kumbahan awam yang terdapat di Malaysia. Walau bagaimanapun, IWK bertekad untuk habis memperbaiki semua kerja-kerja membaik pulih berdasarkan keutamaan di dalam tempoh enam tahun.


Galeri Foto

Kebanyakan loji-loji rawatan yang diserahkan kepada Indah Water adalah didapati berada di dalam keadaan terbiar dan menimbulkan risiko berbahaya kepada persekitaran dan keselamatan.

Beberapa loji tidak dapat dimasuki untuk kerja-kerja penyelenggaraan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan. Ini menyebabkan penurunan prestasi loji-loji rawatan.

Ini merupakan gambar tangki Imhoff sebelum dan selepas baik pulih.

Gambar ini menunjukkan loji rawatan kumbahan yang melalui proses membaik pulih secara menyeluruh.

Membersihkan loji-loji rawatan dengan meningkatkan tahap estetika dan keselamatan.

LATEST HEADLINES