Kerja-kerja membaik pulih utama dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:
1. Kerja-kerja sivil
2. Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal
Sebelum Dibaik pulih | Selepas Dibaik pulih | |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerja-kerja ini melibatkan pembersihan kawasan, pemotongan rumput dan pokok, membina pagar dan railing, mengecat, membina parit dan jalan.
Sebelum Dibaik pulih | Selepas Dibaik pulih | |
![]() |
![]() |
![]() |
Kelayakan:
Kontraktor perlu berdaftar dengan Jabatan Perolehan Indah Water di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, PKK dengan Kepala I dan CIDB di bawah Pembinaan Kejuruteraan Civil (CE) atau Kategori Pendaftaran Pembinaan (B) atau Gred Kewangan G1 atau lebih.
Anggaran Nilai Kontrak:
Kontrak diberi berdasarkan kemampuan kontraktor dan pelan projek Indah Water. Kerja-kerja ini selalunya diberi pada kadar harga RM20,000 sehingga RM100,000 setiap kontrak. Kadar harga ditetapkan oleh Ibu Pejabat dan adalah selaras untuk seluruh negara.
Pemilihan Kontraktor:
Pemilihan diadakan secara tender terbuka atau kepada kontraktor yang berdaftar dengan Indah Water.
Membaiki pam-pam, pengudara, peralatan mekanikal, panel kawalan elektrikal, pendawaian, force main, kren & peralatan mekanikal dan elektrikal yang lain.
Sebelum | Selepas | |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kelayakan:
Kontraktor perlu berdaftar dengan Jabatan Perolehan Indah Water di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan Kepala III atau Kepala VII dan CIDB di bawah Bahagian Mekanikal (M) dan Elektrikal (E) dan Kewangan Gred 1 atau lebih.
Anggaran Nilai Kontrak:
Tender akan dijalankan setiap minggu. Nilai kontrak adalah bergantung jepada skop kerja yang diperlukan dan jumlah loji di dalam setiap pakej. Nilai tender kasar adalah di antara RM50,000 sehingga RM1.5 juta. Ini adalah kategori utama di dalam program pembangunan usahawan.Pemilihan Kontraktor:
Pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kepada tender yang ditawarkan. Tender yang memenuhi keperluan teknikal dan dengan harga yang berpatutan akan dipilih. Tender biasa adalah dibuka.