Do You Know

Kesetaraan Penduduk (PE)

 
Untuk merekabentuk rangkaian paip, stesen-stesen pam dan loji olahan kumbahan, anggaran perlu dibuat ke atas kadar aliran isipadu yang dijangka untuk dibawa, dipam dan dirawat.

Kadar aliran ini diukur dalam meter padu untuk sesaat and perlu dikira untuk kegunaan sedia ada dan juga untuk pembangunan yang akan datang.

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira kadar aliran jangkaan. Salah satu kaedah ialah untuk mengira parameter yang dipanggil "kesetaraan penduduk (PE)" untuk sesuatu kawasan dan menukarkannya kepada kadar aliran.

PE ialah anggaran penggunaan kemudahan pembetungan. Ia bukanlah satu ukuran penduduk.

Untuk kawasan kediaman, padanan penduduk dikira sebagai lima untuk setiap rumah dan merupakan ukuran terus untuk penduduk di dalam satu kawasan.

Walau bagaimanapun, untuk kawasan komersial, PE adalah dikira berdasarkan keluasan lantai, yang mana setimpal dengan jumlah penduduk yang menggunakan premis tersebut. Ini tidak menunjukkan jumlah penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Jadual di bawah menunjukkan bagaimana PE dikira.

Jenis Penempatan Kesetaraan Penduduk
Kediaman 5 setiap rumah
Komersial :
  Termasuk pejabat, pusat membeli-belah,
  pusat hiburan / rekreasi, restoran, kafeteria
  dan pawagam
3 setiap 100m2 kawasan kasar
Sekolah / Institusi-institusi Pendidikan :
- Sekolah harian / Institusi-institusi
- Sekolah kediaman
- Sekolah separa kediaman

0.2 setiap pelajar
1 setiap pelajar
0.2 setiap pelajar bukan kediaman
1 setiap pelajar kediaman
Hospital 4 setiap katil
Hotel dengan makan dan kemudahan dobi 4 setiap bilik
Kilang, tidak termasuk proses air 0.3 setiap pekerja
Pasar (Basah) 3 setiap gerai
Pasar (Kering) 1 setiap gerai
Stesen-stesen minyak 15 setiap tandas
Terminal bas 4 setiap petak bas
Terminal teksi 4 setiap petak teksi
Masjid / Gereja / Kuil 0.2 setiap orang
Stadium 0.2 setiap orang
Kolam renang atau kompleks sukan 0.5 setiap orang
Tandas awam 15 setiap tandas
Lapangan Terbang 0.2 setiap penumpang
0.3 setiap pekerja
Kedai Dobi 10 setiap mesin
Penjara 1 setiap orang
Padang Golf 20 setiap lubang


PE boleh ditukarkan kepada kadar aliran menggunakan rumusan mudah seperti yang ditetapkan di dalam Piawaian Malaysia 1228 (MS1228).
 

 

LATEST HEADLINES