Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
Loji-Loji Olahan Kumbahan Mekanikal/Pakej

Loji olahan pasang siap yang dikenali sebagai "loji pakej" digunakan untuk komuniti-komuniti kecil yang mempunyai kesetaraan penduduk (PE) 5,000.

Loji pakej memerlukan kerja merekabentuk yang sedikit dan boleh dipasang dengan cepat walaupun ia memerlukan penjagaan operasi dan penyelenggaraan yang sama dengan loji-loji rawatan biasa. Dakwaan yang mengatakan loji pakej tidak menghasilkan enapcemar adalah salah.

Loji-loji pakej ini perlu digunakan dengan berhati-hati apabila terdapat variasi yang besar di dalam aliran (mengalami gegaran hidraulik). Sebagai tambahan, bekalan mestilah mencukupi untuk penyingkiran enapcemar, skum, gris dan kawalan bekalan udara yang betul.

Jenis-jenis loji pakej yang selalu digunakan adalah proses-proses Pengudaraan Berlanjutan, Penstabilan Sesentuh, Penapis Bio, Reaktor Kelompok Penjujukan, dan Penyentuh Biologi Berputar

 
Pencapaian loji pakej boleh ditingkatkan dengan mensaizkan komponen-komponen secara konservatif. Secara amnya, pemilihan proses yang tepat akan menghasilkan loji yang mencukupi untuk komuniti kecil yang memerlukan rawatan kumbahan. Loji yang menggunakan proses "Pengudaraan Lanjutan Enapcemar Teraktif" akan menghasilkan kualiti efluen yang baik, kandungan enapcemar rendah dan mempunyai operasi yang mudah..

Terdapat banyak loji-loji pakej di pasaran yang menggunakan pelbagai perkakasan. Pemilihan loji-loji yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah pengetahuan operasi dan pembekalan alat ganti. Dengan itu, peraturan mengenai penggunaan loji-loji ini perlu dikuatkuasakan untuk memastikan tahap efisien industri secara keseluruhan.

Di samping itu, kuasa-kuasa pasaran telah mendorong pihak pengilang untuk membuat tuntutan-tuntutan optimistik bagi kapasiti rawatan untuk loji-loji pakej kecil. Ini akan menyebabkan loji-loji direkabentuk di dalam cara enapcemar aktif berkadar tinggi demi untuk mengurangkan kos modal pembinaan. Selalunya, ini akan mengakibatkan kos operasi, penyelenggaraan dan pengendali yang tinggi disebabkan oleh keperluan untuk penglibatan pengendali bagi memastikan loji-loji beroperasi dalam parameter-parameter yang direkabentuk.

LATEST HEADLINES