Do You Know

Kolam Pengoksidaan (OP)

 

Kolam-kolam pengoksidaan (atau Kolam Penstabilan) merupakan kaedah olahan kumbahan yang popular untuk komuniti kecil disebabkan oleh kos pembinaan dan operasi yang rendah. Kolam ini mewakli 12 peratus (jumlah 500) daripada semua loji rawatan kumbahan. Kolam pengoksidaan baru boleh mengolah kumbahan ke tahap efluen Piawaian B tetapi memerlukan penyelenggaraan dan pengosongan perjadual untuk mengekalkan piawaian ini.

OP mungkin mempunyai satu atau lebih kolam-kolam cetek bersiri. Proses-proses semulajadi di dalam pertumbuhan alga dan bakteria juga wujud. Oksigen dibekalkan daripada pengudaraan permukaan semulajadi dan juga melalui fotosintesis alga. Bakteria yang terdapat di dalam air kumbahan menggunakan oksigen untuk memakan bahan organik, memecahkannya kepada nutrien dan karbon dioksida. Ini akan digunakan oleh alga. Mikrob-mikrob lain di dalam kolam seperti protozoa akan menyingkirkan organik tambahan dan nutrien untuk mempertingkatkan efluen.

Selalunya, terdapat sekurang-kurangnya dua kolam akan dibina. Kolam yang pertama akan mengurangkan bahan organik dengan menggunakan pencernaan aerobik manakala kolam kedua akan mempertingkatkan efluen dan mengurangkan patogen-patogen di dalam kumbahan. Kumbahan akan memasuki kolam besar setelah melalui ruang pemendapan dan pemantauan. Setelah pengekalan beberapa hari, selalunya aliran akan disalirkan ke kolam kedua untuk rawatan seterusnya sebelum ia dilepaskan ke saliran. Bakteria di dalam kumbahan akan bertindak untuk memecahkan bahan organik dengan menggunakan oksigen daripada permukaan kolam. Kolam-kolam pengoksidaan perlu dikosongkan secara berjadual untuk memastikan ia berjalan dengan lancar.

OP memerlukan kawasan yang luas dan jumlah rawatan adalah bergantung kepada cuaca. Ia tidak berkebolehan untuk mencapai piawaian efluen yang baik secara konsisten. Pencapaian variasi seperti ini yang memerlukan penggantian berperingkat bagi loji rawatan jenis ini.

Bergantung kepada rekabentuknya, OP perlu dikosongkan lebih kurang 10 tahun sekali.

Kiraan biasa untuk OP adalah seperti berikut:
 

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 20-100 50
Pepejal Terampai 200-350 30-150 100

 

LATEST HEADLINES