Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
Parit Pengoksidaan




 
Parit Pengoksidaan (OD) merupakan sistem enapcemar aktif yang telah diubahsuai. Parit-parit pengoksidaan adalah sistem-sistem rawatan sekunder mekanikal yang boleh menerima variasi di dalam muatan hidraulik dan organik.

OD meliputi saluran berbentuk bulat atau bujur yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan pengudaraan mekanikal. Air kumbahan yang dipantau, yang memasuki parit akan diudarakan dan disebarkan. Biasanya, OD mempunyai tempoh penahanan yang panjang dan berkebolehan untuk menyingkirkan sebanyak 75% ke 95% Permintaan Oksigen Biokimia (BOD).

Empunya "Sistem Bulatan" menggunakan tiga saluran atau parit-parit yang diletakkan secara sepusat. Setiap saluran diudarakan secara tersendiri dan boleh diformasikan untuk bertindak secara selari atau bersiri dengan saluran-saluran lain, bergantung kepada rawatan yang diperlukan.

Selepas pemantauan dan penyingkiran batu-batu kecil, kumbahan akan memasuki saluran di mana banyak berlakunya tindak balas biologi. Saluran yang dikawal dengan kandungan oksigen terlarut yang lebih tinggi untuk pengurangan BOD dan nutrien yang seterusnya. Saluran yang paling dalam digunakan untuk mempertingkatkan efluen sebelum ia dilepaskan kepada penjernih.

Kiraan biasa untuk OD adalah seperti berikut: -

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 10-30 50
Pepejal Terampai 200-350 15-40 100


OD boleh diselaraskan dengan mudah untuk memenuhi kebanyakan kombinasi kumbahan dan piawaian efluen. Sistem ini mencapai pengurangan BOD yang tinggi dan penyingkiran sedikit nutrien.

OD memerlukan kawasan yang lebih luas berbanding dengan proses-proses lain tetapi ia boleh menjadi lebih murah untuk dibina dan dioperasikan. Setakat ini, terdapat lebih kurang 30 OD di Malaysia. OD baru yang telah diubahsuai adalah terletak di Sg. Besi - Kuala Lumpur, Bayan Baru - Penang dan Cyberjaya.
 

 

LATEST HEADLINES