Bil bersepadu ini adalah satu bil yang merangkumi caj penggunaan air dan caj perkhidmatan pembetungan bersambung. Bil bersepadu ini akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bekalan Air W.P. Labuan (JBAL) setiap bulan bermula 1 Mac 2016. Bil ini akan menunjukkan penggunaan semasa air dan perkhidmatan pembetungan bersambung yang akan disatukan menjadi jumlah utama. Pelanggan perlu menjelaskan keseluruhan jumlah utama yang tertera di dalam bil bersepadu ini.
Bil bersepadu ini memudahkan pengurusan bil-bil utiliti yang efisien serta sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, dan juga bagi memudahkan para pelanggan membuat pembayaran caj-caj penggunaan air dan perkhidmatan pembetungan.
Bil bersepadu ini adalah untuk pelanggan perkhidmatan pembetungan bersambung sahaja bagi premis domestik (termasuk kuarters Kerajaan), komersil, premis Kerajaan dan perindustrian sahaja. Premis yang menggunakan tangki septik individu, akaun-akaun Kerajaan yang didaftarkan sebagai PUKAL dan akaun perkhidmatan pembetungan bersambung dengan nilai tahunan tunggal tetapi mempunyai beberapa meter air; akan terus menerima bil daripada IWK.
Bil bersepadu ini akan berkuatkuasa bermula 1 Mac 2016.
Tidak, sebarang tunggakan caj perkhidmatan pembetungan sebelum Mac 2016 perlu dijelaskan terus kepada pihak IWK.
Anda perlu menghubungi pejabat operasi IWK Labuan di talian 087- 414 828 Anda juga boleh mengunjungi pejabat operasi IWK di alamat Mezzanine Floor, Lot 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Bunga Kesuma, P.O.Box 80305, 87013 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tidak. Labuan adalah sebuah kawasan khas yang dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tidak, pelanggan perlu menjelaskan keseluruhan jumlah yang tertera di dalam bil bersepadu ini. Jika anda hanya membayar caj penggunaan air, anda akan mempunyai jumlah tertunggak dalam bil bersepadu dan akhirnya boleh menyebabkan pihak JBAL melakukan pemotongan bekalan air ke premis anda.
Anda boleh menjelaskan bil bersepadu ini di kaunter Jabatan Bekalan Air W.P. Labuan, agensi lantikan (JBAL) dan perbankan atas talian (sila rujuk senarai perbankan atas talian yang diterima oleh pihak JBAL). Pelanggan perlu melakukan pembayaran penuh bagi jumlah yang tertera di dalam bil bersepadu tersebut. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan akaun bil bersepadu tersebut tertunggak dan boleh mengakibatkan pemotongan bekalan air ke premis anda.
Setiap bulan atau mengikut kitaran bil JBAL.
Anda perlu menghubungi pihak IWK Labuan di talian 087- 414 828 untuk berbincang dengan pegawai perkhidmatan pelanggan IWK.
Tidak. Caj tidak berubah buat masa ini dan ia adalah tarif semasa.
Premis yang menggunakan tangki septik individu tidak termasuk di bawah senarai bil bersepadu. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan pengosongan tangki septik individu dengan menghubungi pihak IWK Labuan atau kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan pihak SPAN. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pengosongan tangki septik individu daripada pihak IWK, segala caj perlu dijelaskan terus kepada pihak IWK.
Tidak. Selepas implementasi bil bersepadu, pengebilan pembetungan dibuat berpandukan data penggunaan air semasa pada waktu itu dan bukannya secara purata penggunaan air.
Tiada caj minima untuk perkhidmatan pembetungan. Selagi premis tersebut mempunyai meter air yang menunjukkan bacaan, caj bulanan perkhidmatan pembetungan akan dikenakan.
Bil bersepadu adalah bil yang menggabungkan caj penggunaan air dan caj perkhidmatan pembetungan. Melalui bil ini, pelanggan hanya menerima satu bil yang dikeluarkan oleh pihak Syarikat Air Terengganu
Bil bersepadu akan dikeluarkan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pembetungan jenis bersambung bagi premis domestik, komersil, perindustrian dan juga premis Kerajaan. Perkhidmatan pembetungan bersambung bermaksud kumbahan daripada
premis/rumah disalurkan ke paip pembetung dan stesen pam dan seterusnya dirawat di loji rawatan kumbahan awam yang dioperasi dan
diselenggara oleh IWK. Perkhidmatan bersambung boleh dikenalpasti dengan adanya penutup logam berbentuk bulat atau segiempat sama di kawasan premis. Penutup logam tersebut meliputi penutup ruang pemeriksaan (lurang pembetungan) untuk memudahkan akses ke paip pembetung sekiranya berlaku masalah sekatan.
Perlaksanaan bil bersepadu adalah pada 1 Januari 2020. Bil bersepadu pertama akan dikeluarkan pada 1 Mac 2020.
Caj perkhidmatan pembetungan sehingga 31 Disember 2019 tidak akan dilupuskan. Para pelanggan perlu menjelaskan baki tersebut terus kepada pihak IWK.
Untuk masalah berkaitan perkhidmatan pembetungan, pelanggan boleh menghubungi pihak IWK di talian 09-624 8828 atau melalui emel
Untuk masalah berkaitan bekalan air, pelanggan boleh menghubungi
pihak SATU di talian 1-300-88-2111 atau 09-621 4111.
Oleh kerana hanya satu bil dikeluarkan untuk caj penggunaan air dan perkhidmatan pembetungan, pelanggan perlu menjelaskan jumlah yang tertera di bil. Sebagai contoh, caj penggunaan air adalah sebanyak RM20 dan caj perkhidmatan pembetungan adalah sebanyak RM8, maka jumlah yang perlu dibayar penuh adalah sebanyak RM28.
Jika pelanggan hanya membayar sebahagian daripada bil bersepadu tersebut, bayaran tersebut akan dibahagikan berdasarkan kepada nisbah jumlah caj penggunaan air dan jumlah perkhidmatan pembetungan yang dibilkan. Bayaran yang tidak mencukupi akan dianggap sebagai bayaran tertunggak dan akan ditunjukkan di dalam bil bulan yang berikutnya. Bil yang tertunggak boleh menyebabkan pelanggan mengalami gangguan perkhidmatan air.
Caj perkhidmatan pembetungan tidak dikenakan SST.
Pembayaran bil boleh dibuat di semua Pejabat SATU dan POS Malaysia Berhad. Pembayaran bil juga boleh dibuat melalui:
Perbankan Internet: Ambank, Maybank, CIMB, RHB, BSN, Bank Islam, Affin Bank, Standard Chartered, Bank Kerjasama Rakyat, Agro Bank & Jompay
Pembayaran di kaunter: BSN & Agro Bank
Bil akan dikeluarkan mengikut kitaran bil SATU.
Ya. Pelanggan boleh menjelaskan bayaran tunggakan secara ansuran. Sila hubungi pejabat IWK yang berdekatan untuk penjelasan selanjutnya.
Caj penggunaan air (EC) akan dicaj berdasarkan kepada penggunaan sebenar pada masa pengebilan. Dengan itu, tiada pelarasan untuk EC kecuali pelarasan tersebut dibuat oleh pihak SATU.
Tidak, caj perkhidmatan pembetungan tidak akan dikenakan jika tiada penggunaan air, tertakluk kepada terma dan syarat.