Do You Know

Tangki Septik Individu (IST)

 
Tangki septik individu (IST) merupakan jenis sistem pembetungan yang paling 'ringkas' dan mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860.

Sesebuah IST itu meliputi dua ruang yang bersambung secara bersiri. Di dalam ruang yang pertama, pepejal daripada kumbahan akan mendap dan membentuk "enapcemar" manakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk lapisan skum. Efluen di antara lapisan skum dan enapcemar akan mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan seterusnya akan berlaku. Akhirnya, efluen akan meninggalkan ruang yang kedua dan akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan untuk menyerap ke dalam tanah.
 
Enapcemar di dalam tangki akan melalui proses pencernaan anaerobik dan ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), metana (CH4) and hidrogen sulfida (H2S). Selalunya, IST direkabentuk untuk masa pengekalan 24 jam. Muatan simpanan yang mencukupi disediakan supaya skum dan enapcemar najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan baik.

IST adalah sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan kesetaraan penduduk (PE) sehingga 150 yang tidak mempunyai sistem pembetungan terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran. Ini merupakan penyelesaian termurah untuk membuang enapcemar. Walau bagaimanapun, IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 1 juta IST di Malaysia, membuatkannya jenis sistem pembetungan yang paling biasa digunakan.

Kiraan biasa untuk IST adalah seperti berikut: -

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 150-200 50 } tidak berkait dengan
Pepejal Terampai 200-350 50-100 100 } ISTs


 
LATEST HEADLINES