Do You Know

Tangki-Tangki Imhoff (IT)

 


Tangki Imhoff merupakan loji olahan kumbahan yang paling ringkas dan memerlukan kemahiran pengendali yang sedikit. Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan dan operasi meliputi penyingkiran skum, penukaran arah aliran untuk penyebaran enapcemar yang sama rata dan juga penyingkiran enapcemar.

Tangki Imhoff membentuk 24 peratus (jumlah 800) daripada semua loji olahan kumbahan di Malaysia dan merupakan jenis loji kumbahan kedua yang selalu digunakan. Ia menyediakan olahan kumbahan yang terhad dan tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Efluen daripada tangki Imhoff boleh menjadi semakin teruk dengan pantas jika tangki-tangki tersebut tidak diselenggarakan dengan betul.

Sebuah IT mempunyai 2 ruang diletakkan di atas satu sama lain. Di ruang atas, pemendapan berlaku dengan pepejal melalui pembukaan ke ruang yang di bawah. Pepejal termendap akan membentuk enapcemar di ruang di bawah dan akan melalui pencernaan anarobik. Gas-gas daripada tangki-tangki dibawah akan dilepaskan ke udara. Skum pula dikumpul di bahagian atas tangki.

Kumbahan daripada premis-premis bersambung akan memasuki tangki pemendapan di mana pemendapan pepejal akan berlaku. Pepejal yang lebih berat akan mendap di bahagian bawah tangki sebagai enapcemar. Kemudian, efluen cecair daripada tangki pemendapan akan menitis menerusi tapak penuras batu-batan. Tangki pemendapan ini perlu dikosongkan selalu. Organisma-organisma yang tinggal di dalam penuras batu-batan itu akan memakan kumbahan dan merawatnya pada masa yang sama. Efluen terawat akan diambil dan dilepaskan ke saliran. Selalunya, proses pemendapan di ruang atas akan disusuli dengan efluen penelusan ke atas media batu kasar sebelum dilepaskan ke perairan.

IT selalunya digunakan untuk komuniti-komuniti kecil sehingga kesetaraan penduduk (PE) 1,000. Tangki ini murah untuk dipasang, dikendalikan dan diselenggarakan. Walau bagaimanapun, IT juga seperti IST. Ia hanya merawat kumbahan secara separa. Efluen daripada tangki-tangki ini tidak akan memenuhi syarat-syarat persekitaran yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kaedah yang popular masa kini untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti yang kecil adalah dengan menggunakan loji-loji olahan pakej kecil, terutamanya IT.

Kiraan biasa bagi IT adalah seperti berikut:
 

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 220-400 50-150 50
Pepejal Terampai 220-350 30-150 100

 

LATEST HEADLINES