Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
Penapis Cucuran Berkadar Tinggi (HRTF)


 
Penapis cucuran yang pertama telah mula beroperasi di England pada tahun 1893.

Penapis cucuran moden meliputi tapak yang mempunyai medium bertelap tinggi yang mana mikroorganisma-mikroorganisma akan melekat. Kumbahan adalah diserap atau menitis menerusi bahan ini yang diperbuat daripada batu-batu (bersaiz 2cm ke 10 cm) atau plastik yang direkabentuk khas.

Biasanya, tapak-tapak batu ini mempunyai kedalaman 2 meter dan bulat. Lengan yang berputar digunakan untuk menyebarkan kumbahan ke seluruh media. Media plastik berbeza dari segi rekabentuk dengan kedalaman daripada 4 hingga 12 meter bergantung kepada muatan organik.

Penuras-penuras di bawah media akan mengalirkan efluen dan pepejal biologi, yang telah ditanggalkan daripada media. Udara diedarkan semula melalui sistem saliran kepada media. Efluen daripada saliran akan mendap sebelum dilepaskan ke persekitaran.

Sedikit efluen daripada saliran akan dikitar semula untuk mencairkan kekuatan kumbahan dan memastikan media akan kekal lembap.

Apabila efluen mengalir melalui media, bahan organik diserap kepada saput biologi atau lapisan lumut yang menutupi media. Di sini, ia akan dinyahgred oleh organisma-organisma aerobik. Apabila lapisan lumut tumbuh, persekitaran anarobik terhasil berhampiran dengan antara muka media. Akhirnya, mikroorganisma-mikroorganisma di antara muka media ini akan hilang keupayaan untuk melekat kepada media dan lumut akan dihilangkan. Lapisan lumut akan tumbuh lagi dan kitaran ini akan berulang.

Penuras-penuras diklasifikasikan berdasarkan kadar muatan hidraulik atau organik. Klasifikasinya ialah kadar rendah, pertengahan, tinggi, sangat tinggi dan secara kasar. Penyebaran semula efluen penuras akan membenarkan muatan organik yang lebih tinggi dalam penuras-penuras berkadar tinggi.

Kiraan biasa bagi penapis cucuran berkadar tinggi adalah seperti berikut: -

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 10-30 50
Pepejal Terampai 200-350 15-40 100


Penapis cucuran berkadar tinggi akan menyingkirkan antara 65% ke 85% muatan organik. Ia digunakan apabila terdapat kawasan yang mencukupi dan apabila operasi yang senyap diperlukan. Ia dapat mengekalkan beberapa variasi di dalam muatan hidraulik atau organik.
 

 

LATEST HEADLINES