Customer

Indah Water

Kajian Semula Oleh Kerajaan

 
Sejak sistem pembetungan nasional diswastakan pada 1994, Kerajaan telah menjalankan tiga kajian semula terhadap perkhidmatan pembetungan. Kajian semula yang pertama telah dijalankan pada November 1996 dan merupakan kajian semula yang menyeluruh ke atas semua aspek pengeluaran bil, kadar dan perkhidmatan pembetungan yang dijalankan. Kajian semula kedua dan ketiga pada Jun 1998 dan September 1999 merupakan kajian khusus ke atas kadar bagi Komersial sahaja. Berikut adalah butir- butir keputusan kajian-kajian semula yang telah dijalankan.

 

Keputusan Kajian Semula Pertama Pada 1996
Berkuatkuasa mulai Januari 1, 1997, IWK akan:
  • melaksanakan caj pembetungan baru dan mengeluarkan bil untuk premis pelanggan-pelanggan yang mempunyai perkhidmatan pembetungan bersambung dan juga tangki septik yang telah menerima perkhidmatan pengosongan
  • hanya mengenakan caj ke atas premis pelanggan yang mempunyai tangki septik setelah ianya menerima perkhidmatan pengosongan
  • Mengeluarkan bil pembetungan sendiri
  • Batalkan semua caj pembetungan dan tunggakan sebelum tarikh ini (1 Januari 1997)
  • Mengkreditkan semua pembayaran yang diterima untuk perkhidmatan pembetungan sebelum tarikh ini (1 Januari 1997) ke dalam bil-bil pembetungan yang akan datang

Keputusan Kajian Semula Kedua Pada 1998
Berkuatkuasa mulai 1 Julai 1998, IWK akan:
  • Mengurangkan caj pembetungan bagi Komersial sebanyak lebih kurang 30% untuk Caj Asas dan Caj Penggunaan Air Melebihi 100 meter padu. Walau bagaimanapun, bagi tempoh 1 Januari 1997 sehingga 30 Jun 1998, caj pembetungan yang telah diluluskan pada 1 Januari 1997 akan terus digunakan untuk tujuan pengeluaran bil.

Keputusan Kajian Semula Ketiga Pada 1999
  • Seperti yang diarahkan oleh Kerajaan, berkuatkuasa mulai 1 Oktober 1999, IWK akan mengurangkan Caj Asas ke atas premis-premis Komersial, yang mempunyai perkhidmatan pembetungan bersambung atau tangki septik; di dalam Kumpulan 3 sehingga 10 sebanyak 5% sehingga 20%. Caj Asas bagi premis-premis Komersial di dalam Kumpulan 1 dan 2 dikekalkan dan tiada perubahan seperti caj tarif bagi tempoh 1 Julai 1998 sehingga September 1999. Caj Penggunaan Air Melebihi 100 meter padu juga dikekalkan dan tiada perubahan pada kadar 45 sen setiap meter padu.
LATEST HEADLINES