Indah Water

Registration

 
Introduction | Registration Requirements | Terms & Conditions | FAQ
Soalan-soalan Lazim
  1. Berapakah kadar pendaftaran sebagai pembekal/kontraktor dengan IWK?
    Percuma, tiada caj dikenakan.
  2. Berapa lamakah proses untuk pendaftaran?
    Jika maklumat yang diserahkan lengkap, proses pendaftaran akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh penerimaan dan seminggu kemudian sijil akan dikeluarkan.
  3. Borang-borang tambahan yang perlu disertakan dengan permohonan pendaftaran ?

    - Bagi Sdn Bhd : Borang 9 dan Borang 24/49
    - Bagi Enterprise/Trading: Borang D dan Borang Maklumat Perniagaan
    - Penyata KWSP kakitangan bagi tempoh 3 bulan termasuk penyata yang terkini.
    - Bil Pembetungan IWK terkini yang telah dijelaskan sepenuhnya bagi premis perniagaan

  4. Berapa lamakah tempoh pendaftaran?
    Lima tahun, borang pembaharuan pendaftaran hendaklah dihantar dua (2) bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran.
  5. Bagaimanakah cara IWK mengeluarkan notis sebut harga?
    • Melalui sebut harga atau jemputan menyertai tender oleh ibu pejabat IWK
    • Melalui sebut harga atau jemputan menyertai tender oleh pejabat-pejabat unit operasi IWK
    • Melalui iklan tender di akhbar-akhbar utama
  6. Jika alamat perniagaan kami di WP Kuala Lumpur, bolehkah kami memohon kerja bagi negeri-negeri lain?
    Boleh, jika sesuatu syarikat itu mempunyai cawangan-cawangan di negeri lain. Pemohon dikehendaki menyertakan sekali butir-butir berkenaan cawangan-cawangan di negeri lain.
  7. Apakah sijil yang diperlukan untuk memohon kerja-kerja sivil?
    Sekurang-kurangnya CIDB G1 kategori CE dan juga PKK Kelas F Kepala I.
  8. Bagaimanakah untuk mendapatkan sijil PKK?

    Ia boleh dipohon melalui alamat berikut:
    Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    Aras 5, Lot 2G6, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

    Tel : 03-88805000 Faks: 03-88805472/5412

  9. Bagaimanakah untuk mendapatkan sijil CIDB?
    Ia boleh dipohon melalui alamat berikut:
    CIDB,
    Tingkat 7, Grand Seasons Avenue, 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

    Tel : 03-26170200 Faks: 03-26170220

     

  10. Bagi kerja-kerja penyenggaraan, sijil apa yang diperlukan?
    Permit SPAN-D (Pembetungan), CIDB CE/ME & PKK Kepala I or III.
  11. Di mana boleh dapatkan permit SPAN?

    Sila rujuk kepada:
    Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),
    Aras Bawah & Aras Satu,
    Prima Avenue, Blok 3510,
    Jalan Teknokrat 6,
    63000 Cyberjaya,
    Selangor.

    Tel: 03-83179333 Fax: 03-83179336 Officer: Cik Rozina Bte Abdul Aziz

  12. Berapakah tempoh pembayaran setelah kerja siap?
    60 hari daripada tarikh Jabatan Kewangan IWK terima invois.
  13. Sesudah berdaftar di Ibu Pejabat-IWK, perlukah saya berdaftar dengan pejabat unit operasi yang lain?
    Tidak perlu tetapi anda perlu membawa bersama Sijil Pendaftaran IWK dan profil syarikat apabila berjumpa dengan pegawai-pegawai di pejabat unit operasi untuk pengesahan.
  14. As a supplier of pumps, how do I register my product?
    Equipment such as pumps, aerators, valves or blowers require approval from SPAN before registering with IWK.
  15. Apakah itu 'e-Registration' (e-pendaftaran)?
    Ianya adalah permohonan pendaftaran melalui internet. Ia merupakan satu kemudahan untuk pembekal/kontraktor mendaftar atau memperbaharui pendaftaran secara talian terus melalui www.iwk.com.my
  16. Berapakah bilangan aksara (character) kata laluan (password) yang boleh diisikan untuk 'e-Registration'?
    Minimum 1 aksara dan maksimum 25 aksara.
  17. Bagaimanakah saya boleh berdaftar secara talian terus sebagai kontraktor/pembekal dengan IWK?
    Caranya adalah dengan memasuki laman web IWK seperti berikut :
    http://www.iwk.com.my
  18. Setelah saya lengkapkan semua data yang dikehendaki dan hantar untuk diproses, apa lagi yang perlu saya lakukan?
    Setelah itu, anda dikehendaki menghantarkan semua salinan dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:

    Sekretariat Pendaftaran,
    Jabatan Perolehan,
    Aras 3, Blok J,
    Pusat Bandar Damansara,
    50490 Kuala Lumpur.

  19. Bagaimanakah saya mendapatkan status permohonan pendaftaran saya?
    Anda boleh menghubungi pihak IWK di talian 03-27801191, bercakap dengan Encik Nor Azmi Muhamad.
  20. Jika syarikat saya sudah berdaftar dengan IWK, bagaimana boleh saya tambahkan kategori kerja?
    Anda dikehendaki menghantar surat rasmi memohon penambahan kategori dan sertakan sijil-sijil yang berkaitan dengan kategori yang di pohon. (Permohonan penambahan kategori kerja tidak akan dipertimbangkan, jika pendaftaran sedia ada akan tamat dalam tempoh dua (2) bulan).
  21. Jika terdapat pertukaran pemilikan atau sebagainya di dalam syarikat saya, bagaimana boleh saya maklumkan kepada pihak IWK?
    Anda dikehendaki memberi notis bertulis kepada IWK sama ada secara faks atau penghantaran surat melalui pos.
LATEST HEADLINES