Indah Water

FAQ for S.W.A.T

 
Apakah perbezaan model baru (Prosedur Kelulusan Risiko Rendah) ini berbanding dengan amalan prosedur sedia ada ?
  1. Berbanding dengan amalan prosedur terdahulu berdasarkan kepada MSIG Jilid II (Edisi 2 -pindaan v1 : Julai 2013), prosedur kelulusan bagi model baru ini telah dipermudahkan dengan memperkasakan peranan kumpulan profesional (perunding) mengeluarkan perakuan pematuhan di bawah konsep 'self regulation'/'self assesment' khususnya bagi elemen spesifikasi rekabentuk dan pemeriksaan tapak.
  2. Buat sementara ini hanya permohonan tangki septik, penyambungan dan sistem rawatan kumbahan kecil sahaja yang akan diproses berdasarkan model baru ini.
  3. Prosedur kelulusan model baru ini hanya melibatkan 2 proses sahaja iaitu Permohonan Kelulusan Kerja Pembetungan (SWA) dan Notis Perakuan Siap kerja pembetungan (SWC) berbanding dengan prosedur sedia ada yang melibatkan 5 proses. Jumlah tempoh piagam bagi SWA dan SWC adalah 21 hari (14+7) berbanding 63 hari mengikut prosedur sedia ada.

Bilakah model baru ini mula digunapakai ?
  1. Ia mula digunapakai bermula pada 1 April 2014 bagi semua permohonan baru perancangan.
  2. Bagi pembangunan yang telah mencapai peringkat pengemukaan PDC6 (Notis Mula Kerja), pemohon dibenarkan untuk membuat permohonan selanjutnya berdasarkan model baru iaitu pengemukaan SWC.

Adakah semua permohonan bagi tangki septik, sambungan dan sistem rawatan kumbahan kecil dikehendaki untuk mengikut model baru ini bermula pada 1 April 2014 ?
  1. Sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya, permohonan kelulusan berdasarkan kepada prosedur terdahulu merujuk kepada MSIG Jilid II (Edisi 2-pindaan v1 : Julai 2013) adalah masih dibenarkan.
  2. Namun pemohon dibenarkan untuk menggunapakai model baru bagi baki proses kelulusan selanjutnya dengan syarat telah melengkapkan proses kelulusan sehingga peringkat PDC6 sebelum boleh mengemukakan SWC.

Bagaimana dengan tatacara pembayaran fi pemprosesan bagi model baru ini ?
  1. Tatacara pembayaran adalah tidak berubah sebagaimana ketetapan dinyatakan di dalam Perkara 3.0 MSIG Jilid II (Edisi 2-pindaan v1 : Julai 2013.
  2. Namun, perincian amaun fi bayaran pemprosesan bagi SWA dan SWC perlu merujuk kepada Jadual 1 yang dinyatakan di dalam Perkara 4.0 Lampiran MSIG Jilid II [Edisi Khas 2014 (Risiko Rendah)]
  3. Pembayaran fi penuh secara serentak bagi SWA dan SWC dalam satu bank draf/cek kerajaan adalah dibenarkan .

Apakah yang dimaksudkan dengan sebagai penyambungan yang membolehkannya diproses di bawah model baru ini ?
  1. Penyambungan di sini adalah bermaksud permohonan penyambungan perpaipan dalaman dari kebuk pemeriksaan/lurang premis ke sistem pembetungan sedia ada dengan syarat ia tidak melibatkan pembinaan retikulasi paip pembetung (sewer reticulation).

LATEST HEADLINES