Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan




 
Sistem Pengudaraan Lanjutan Buih Halus Udara Resap (FBDAEA) merupakan sistem-sistem rawatan sekunder mekanikal. Sistem-sistem FBDAEA adalah kuat dan dapat bertahan daripada pertambahan mendadak hidraulik atau muatan organik.

Untuk memecahkan bahan organik di dalam kumbahan, bakteria memerlukan oksigen. Ini boleh dihasilkan dengan kocakan (menggunakan pengudara permukaan) atau dengan menggunakan "peresap" tenggelam.

Seperti namanya, sistem-sistem FBDAEA memperkenalkan udara dalam bentuk buih-buih halus menerusi peresap tenggelam. Buih-buih halus akan menaikkan tahap kecekapan pemindahan oksigen yang lebih tinggi dan lebih digunakan berbanding dengan buih-buih kasar.

Kumbahan yang memasuki loji akan melalui rawatan utama di mana bahan-bahan kasar dan batu-batu kecil akan disingkirkan. Setelah itu, kumbahan akan mengalir ke rawatan sekunder di dalam bentuk tangki pengudara yang mana buih-buih udara halus daripada peresap tenggelam akan dimasukkan.

Pepejal di dalam kumbahan berada di dalam keadaan terampai dan bakteria di dalam kumbahan akan memecahkan bahan-bahan organik. Kumbahan akan disimpan di dalam tangki pengudara selama 18-24 jam.

Efluen bersama dengan bahan-bahan terampai akan disalirkan ke "penjernih" (tangki mendapan) di mana bahan-bahan akan mendap sebagai enapcemar. Enapcemar akan dikeluarkan dan sedikit enapcemar akan dimasukkan semula ke dalam tangki pengudara bagi memastikan kandungan bakteria yang mencukupi untuk meneruskan proses pemecahan bagi kumbahan yang baru.

Selepas itu, efluen akan dipertingkatkan dan/atau dilepaskan kepada persekitaran.

Kiraan biasa untuk loji-loji FBDAEA adalah seperti berikut: -

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 10-30 50
Pepejal Terampai 200-350 15-40 100


Sistem-sistem FBDAEA boleh menghasilkan efluen berkualiti tinggi secara konsisten. Dengan pemantauan influen dan efluen, aktiviti di dalam tangki pengudaraan boleh diselaraskan untuk memenuhi variasi di dalam hidraulik atau muatan organik. Loji-loji ini hanya memerlukan keluasan kawasan yang sederhana.

Kini, terdapat lebih kurang 60 sistem pengudaraan berlanjutan di Malaysia dan dijangka akan meningkat kepada lebih 200 loji setelah sistem-sistem lama digantikan secara berperingkat.
 

 

LATEST HEADLINES