Do You Know

Piawaian Efluen

 
Rawatan enapcemar domestik adalah direkabentuk untuk menghasilkan efluen yang mempunyai kandungan pepejal dan organik yang rendah. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan lain, yang menyingkirkan nutrien, mengubah pH atau menyahjangkit efluen mungkin akan ditambah bergantung kepada persekitaran yang menerima efluen tersebut.

Piawaian tertentu telah diwujudkan untuk kualiti efluen yang dilepaskan daripada loji olahan ke sistem pengairan. Ia mengambilkira tahap penerimaan tertinggi untuk pelbagai efluen bahan cemar. Sampel efluen daripada loji olahan akan diambil dan diuji di makmal untuk memastikan piawaian-piawaian ini ditepati dan loji-loji olahan beroperasi dengan betul.

Parameter Unit Piawaian
A B
Suhu C 40 40
Nilai pH - 6.0-9.0 5.5-9.0
BOD5 pada 20C mg/l 20 50
COD mg/l 50 100
Pepejal Terampai mg/l 50 100
Mercuri mg/l 0.005 0.05
Kadmium mg/l 0.01 0.02
Kromium, Hexavalent mg/l 0.05 0.05
Arsenik mg/l 0.05 0.10
Sianida mg/l 0.05 0.10
Lead mg/l 0.10 0.5
Kromium, Trivalent mg/l 0.20 1.0
Copper mg/l 0.20 1.0
Mangan mg/l 0.20 1.0
Nikel mg/l 0.20 1.0
Tin mg/l 0.20 0.10
Zink mg/l 1.0 1.0
Boron mg/l 1.0 4.0
Iron (Fe) mg/l 1.0 5.0
Phenol mg/l 0.001 1.0
Free Chlorine mg/l 1.0 2.0
Sulfida mg/l 0.50 0.5
Minyak dan Gris mg/l Tidak Dapat Dikesan 10.0


Bahan cemar di dalam kumbahan diukur untuk pemahaman yang lebih jelas dan memudahkan rawatan kumbahan dan juga memeriksa kesan-kesan efluen atau kumbahan terawat kepada persekitaran.

Sampel efluen daripada loji-loji olahan kumbahan awam diambil pada masa-masa yang tertentu dan diuji di makmal untuk memastikan ia menepati piawaian yang ditetapkan. Ujian-ujian dijalankan sebagai sebahagian daripada program pengawasan dalam memenuhi syarat-syarat lesen operasi Indah Water dan memastikan operasi proses-proses rawatan yang efisien.

This provides for a cleaner and safer environment that improves the living conditions of Malaysians. The two most important parameters measured are Biochemical Oxygen Demand (BOD) and Suspended Solids (SS).

Ini akan menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat dan meningkatkan tahap kehidupan penduduk Malaysia. Dua parameter utama yang diukur adalah Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dan Pepejal Terampai (SS).

BOD adalah ukuran kandungan oksigen yang diserap oleh bahan kumbahan dalam tempoh masa tertentu. Kandungan BOD tinggi adalah ketara kerana ia menunjukkan bahan kumbahan itu akan menyerap oksigen di sungai dan tasik dengan pantas, dan ini akan membunuh hidupan laut, membuatkan air menjadi septik dan berbau busuk. SS adalah ukuran bahan-bahan tidak larut di dalam kumbahan. Kandungan SS yang tinggi akan menyebabkan penyimpanan enapcemar di perairan, dan ini akan menyebabkan kemerosotan yang ketara kepada persekitaran.

Efluen yang dilepaskan ke hulu sungai perlu menepati Piawaian A, manakala efluen yang dilepaskan ke hilir sungai perlu menepati Piawaian B. Piawaian-piawaian ini ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Piawaian BOD (mg/L) SS (mg/L)
A 20 50
B 50 100

 

 

LATEST HEADLINES