Do You Know

Ruang Terhad

 
KURSUS RUANG TERHAD UNTUK ORANG YANG DIBENARKAN MASUK DAN ORANG YANG MENJAGA BAGI RUANG TERKURUNG

Banyak nyawa telah terkorban di dalam `ruang terhad` di seluruh dunia akibat kemalangan berhubung kait dengan gas beracun. Kebanyakan mangsa-mangsa sama ada terperangkap dengan asap toksik atau mati akibat letupan gas. Hampir kesemua kematian berlaku semasa kerja di dalam `ruang terhad` atau terkena letupan gas berapi yang mungkin boleh dielakkan atau dicegah.

DEFINISI RUANG TERHAD

(Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (1) 04/98)
Ruang yang:

  • Tidak bertujuan sebagai tempat kerja lazim ia itu tempat kerja berterusan pekerja
  • Mempunyai laluan masuk dan keluar terhad
  • Ruang yang mencukupi dan muat untuk seorang pekerja memasuki dan menjalankan tugas dan
  • Tekanan atmosfera yang mencukupi semasa ruang berpenghuni
CIRI-CIRI RUANG TERHAD
  • Mengandungi atau berpotensi mengandungi atmosfera berbahaya.
  • Mengandungi bahan (pepejal atau cecair) yang berpotensi memerangkap peserta/ pekerja.
  • Mempunyai rupa bentuk dalaman yang boleh memerangkap atau melemaskan peserta/pekerja oleh tembuk berpusat ke dalam atau oleh lantai yang condong ke bawah dan menghala ke laluan yang terhad atau.
  • Mengandungi peralatan/barangan yang dikenalpasti boleh mengugat keselamatan atau membahayakan kesihatan seperti rotor.
RUANG TERHAD


Contoh ruang-ruang terhad adalah pembetung, lurang pembetungan, ruang pemeriksaan, perigi basah dan kering, tangki-tangki enap cemar dan kumbahan, tangki septik, lori tong-tong, rumah penapisan angin, tangki-tangki simpanan kimia, tangki-tangki simpanan air pasang-surut, tangki-tangki di bawah tanah dan empangan. Audit-audit dan terowong-terowong, saliran paip, ruang lubang di bawah tanah, bekas reaksi bergerak, tangki atas jalan dan serupaan.
Hampir kesemua kematian melibatkan ruang terhad adalah disebabkan oleh:

  • Sesak nafas kerana kekurangan oksigen
  • Keracunan terhidu gas-gas toksik
  • Cedera disebabkan oleh letupan akibat penyalaan gas-gas mudah terbakar
SEBAB-SEBAB KEMATIAN DI RUANG TERHAD
  • Kejahilan dan tiada kebolehan mengenalpasti ruang terhad apabila melihatnya. Tidak sedar bahawa ruang tersebut amatlah merbahaya.
  • Percaya kepada pancaindera sendiri dan tidak menyedari bahawa ruang yang kelihatan selamat adalah tidak selamat. Kebanyakan atmosfera merbahaya tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Manusia tidak boleh lihat, rasa atau hidu kebanyakan bau toksik atau atmosfera membawa maut.
  • Memandang ringan keadaan yang berbahaya. Seseorang berfikir mereka boleh masuk dan keluar sebelum bahaya menimpa diri mereka. Seseorang tidak sedar betapa cepatnya seseorang boleh ditimpa atmosfera membawa maut.
  • Tidak berjaga-jaga. Seseorang lupa atau lalai bahawa keadaan bahaya boleh berlaku apabila seseorang memasuki ruang terhad.
  • Cuba menyelamatkan orang lain. Adalah menjadi rasmi manusia untuk membantu orang dalam kesusahan. Tetapi, kenyataan sedihnya adalah usaha penyelamat yang tidak terlatih dan jahil ditimpa maut bersama mangsa yang terperangkap.

Hanya orang yang terlatih dalam prosedur keselamatan ruang terhad yang dibekalkan peralatan keselamatan yang lengkap dibenarkan memasuki pembetung atau ruang terhad.

LATIHAN RUANG TERHAD

Untuk menyediakan latihan keselamatan praktikal kepada pekerjaan orang yang memasuki dan bekerja di dalam pembetung atau ruang terhad.

OBJEKTIF-OBJEKTIF LATIHAN RUANG TERHAD
  • Menyatakan bahaya bekerja di dalam pembetung atau ruang terhad.
  • Menyatakan Langkah-Langkah Mencegah Am yang perlu dipatuhi apabila memasuki atau bekerja di dalam ruang terhad.
  • Cara penggunaan yang betul perkakas atau peralatan seperti abah-abah keselamatan, win, tripod, tali keselamatan, penghalang dan peralatan komunikasi.
  • Melepaskan diri dengan selamat daripada pembetung atau ruang terhad dengan menggunakan alat penyelamat diri.
  • Menggunakan pengesan gas dan mengetahui tentang prosedur-prosedur kecemasan yang perlu dipatuhi jika pengesan memberi amaran bahaya. (Penguji Gas Berdaftar III).
  • TEMPOH KURSUS DAN KAEDAH LATIHAN

    Ini adalah kursus 2 hari (16 jam) dan program latihan meliputi syarahan serta sesi-sesi praktikal dalaman dan luaran. Di akhir kursus, peserta dikehendaki menduduki ujian bertulis. Selepas lulus ujian ini, peserta akan dianugerahkan Sijil Kecekapan yang sah bagi tempoh 2 tahun. Sijil boleh diperbaharui selepas menghadiri kursus ulang kaji 1 hari (8 jam) dan lulus ujian bertulis. Sila berhubung dengan tenaga pengajar atau eksekutif latihan IWTC untuk latihan yang bersesuaian dengan pekerja warga asing.

    KONTRAKTOR/PERUNDING SISTEM PEMBETUNGAN


    Pekerja kontraktor dan perunding sistem pembetungan yang terlibat dengan penyelenggaraan sistem pembetungan adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sebelum menjalani kursus dan latihan ruang terhad.

    MODUL-MODUL LATIHAN
    • Perundangan Ruang Terhad
    • Definisi Ruang Terhad
    • Memasuki Lurang Pembetungan
    • Permit Bekerja
    • Peralatan Yang Diperlukan Untuk Memasuki Ruang Terhad
    • Teori Pengesan Gas
    • Perkakas Pernafasan
    • Praktikal & Simulasi
    • Ujian Bertulis
    SIAPA PATUT MENYERTAI KURSUS INI

    Semua pekerja yang perlu memasuki dan bekerja di dalam pembetung dan ruang terhad. Peserta mesti sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang masalah kesihatan/kecacatan yang tersenarai dalam perenggan 10.2 Peraturan-Peraturan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKK) untuk Kerja Selamat Di Dalam Ruang Terhad (JKKP:GP (1) 04/98).

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Dianjurkan dan dikendalikan oleh pelatih yang dilantik oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Pusat Latihan Teknikal IWK, Bukit Jalil.

    Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan:


      INDAH WATER KONSORTIUM SDN. BHD.
      PUSAT LATIHAN INDAH WATER
      Sg. Besi Regional Sewage Treatment Works
      Lot 33519, Bukit Jalil
      Lebuhraya KL-Seremban
      57000 Kuala Lumpur
      Noor Siti Sara Nazli, Emel: noorzn@iwk.com.my
      Tel: 03-8996 7514/11
      Fax: 03-8994 3032

      Yuran Kursus 2-Hari adalah RM800.00 setiap seorang peserta.
      Yuran Kursus Ulang Kaji 1-Hari adalah RM500.00 setiap seorang peserta.
      Mata CEP sedia ada.
     
    enlightened
    Tekan sini untuk Brosur Kursus Ruang Terkurung.
    Tekan sini untuk lokasi Pusat Latihan Indah Water.
     

     

    LATEST HEADLINES