Indah Water

Caj-caj Pembetungan

 

Tarif caj yang dikenakan adalah ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan kepada prinsip kemampuan dan kesaksamaan bagi memastikan hasil kutipan daripada pelbagai kategori pelanggan cukup untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sistem pembetungan yang moden dan efisien di Malaysia.

Ini amatlah kritikal demi memelihara sumber-sumber air kita serta memastikan alam sekitar yang lebih bersih dan selamat untuk rakyat Malaysia. Kerja-kerja membaiki dan menaik taraf semua loji rawatan kumbahan di seluruh negara memerlukan kewangan yang banyak dan sebahagian besar diperolehi daripada caj-caj tarif. Oleh itu, sekiranya para pelanggan gagal untuk membayar bil mereka, ia akan menjejaskan program membaik pulih dan menaik taraf kami.

LATEST HEADLINES