Customer

Indah Water

Broken Pipes

 
Paip Pecah

Kadang-kadang, objek-objek lain seperti sampah makanan, sampah yang dibuang secara haram ke dalam lurang pembetungan, sampah yang dihanyutkan ke dalam lurang-lurang pembetungan yang pecah serta air hujan yang masuk melalui pecahan dan rekahan paip atau penutup lurang juga boleh masuk ke dalam sistem pembetungan. Air daripada mata air, pasir dan kerikil juga boleh masuk ke dalam paip pembetungan melalui rekahan-rekahan dan penyambungan yang tidak dibina dengan sempurna.

Paip-paip pembetungan boleh melimpah akibat kemasukan air selepas hujan di jalanraya. Air hujan yang banyak sewaktu hujan lebat boleh menyebabkan loji-loji rawatan kumbahan melebihi muatan. Sistem pembetungan boleh direkabentuk agar ia boleh melimpah ke lokasi-lokasi yang ditetapkan supaya air limpahan boleh dikawal dan kesannya boleh dikurangkan.

Paip-paip pembetungan yang pecah mungkin berpunca daripada pergerakan tanah dan penggalian tanah yang sembarangan. Paip-paip yang rosak ini menghalang pengaliran kumbahan dan mungkin menyebabkan limpahan di lurang pembetungan dan tandas.

Paip-paip pembetungan awam yang pecah dibaiki secara automatik oleh IWK manakala paip-paip sambungan persendirian adalah tanggungjawab penghuni rumah dan boleh dibaiki oleh kontraktor persendirian. IWK juga boleh membantu mendapatkan kontraktor untuk membaikinya.

LATEST HEADLINES