Do You Know

Sewage Treatment Plant

 
Loji-loji Pakej | Lagun-lagun Pengudaraan | Sistem-sistem Pengudaraan Lanjutan | Parit Pengoksidaan | Rotating Biological Contractors | Penapis Cucuran Berkadar Tinggi
Lagun-lagun Pengudaraan (AL)




 
Lagun-lagun Pengudaraan adalah loji yang mudah untuk dikendalikan dan diselenggarakan. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kawasan yang luas dan jarang ditemui di kawasan bandar yang padat.

Selalunya, proses AL melingkungi dua atau tiga lagun dalam susunan berturut. Lagun yang pertama mempunyai pengudara-pengudara permukaan, seperti "pencampur dayung" yang besar. Pengudara ini akan timbul di permukaan kolam dan akan terus mengacau air kumbahan yang masuk dan ini bertujuan untuk mengekalkan kandungan oksigen di dalam kumbahan dan mengelakkan pepejal daripada mendap ke bawah.

Kumbahan mempunyai purata pengekalan selama lima hari di kolam yang pertama. Sepanjang tempoh ini, bakteria akan menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan organik di dalam kumbahan.

Efluen disalirkan ke kolam yang kedua di mana bahan organik ternyahgred dan mendapan akan mendap dan membentuk enapcemar. Selepas itu, efluen akan disalirkan ke kolam ketiga untuk dipertingkatkan atau dilepaskan ke pengairan. Masa pengekalan purata bagi kolam kedua adalah satu hari.

Berhati-hati apabila menguruskan kolam pemendapan sewaktu iklim panas. Kolam-kolam ini boleh terjejas akibat pertumbuhan alga dan/atau bau yang dihasilkan oleh pencernaan anerobik enapcemar di bahagian bawah kolam. Berpandukan kepada rekabentuknya, kolam-kolam ini perlu dikosongkan setiap lebih kurang 10 tahun.

Kiraan biasa untuk AL adalah seperti berikut : -

(mg/L) Kumbahan Efluen Piawaian B JAS
Permintaan Oksigen Biokimia 200-400 20-80 50
Pepejal Terampai 200-350 40-100 100


Terdapat lebih kurang 40 loji olahan kumbahan AL sahaja di Malaysia.
 
LATEST HEADLINES